Setelah
lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim,
Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar
dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah
menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah
keluar parti tersebut.
Malah
sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah
tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja
di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup
sehidup semati sudah mula menjadi “musuh”nya.
Tun Dr Mahathir
Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba
mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ini kerana, menurut
Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai
segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada
2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih
untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu
keputusan yang tepat.
Bak kata pepatah
Melayu, “tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa
itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika
rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly
mahu hancurkan negara.
Walaupun pernah
ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu
tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun
2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang
yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.
Akhirnya selepas tiga
tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat
keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu.
Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada
intergriti Anwar.
“Saya mahukan
Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita
tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh
menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan
pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak
berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor.”
Malah Anwar sendiri
pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan
bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari
kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernha rapat dengan Ketua
Umum PKR itu.
Berikut
adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan
Nasional)
2. S. NallaKaruppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman
rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang
rahsia Anwar).
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman
Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
4. AnuarShaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di
Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
5. FairusKhairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. ZahrainMohdHashim (Ahli Parlimen Bayan Baru &
Pengerusi PKR Pulau Pinang)
7. ZulkifliNoordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas
Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan
penceramah kes-kes anti-murtad)
8. ZainurZakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes
pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah
Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
9. RuslanKassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua
Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan
Presiden Parti Keadilan Malaysia)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan,
Ketua AMK Johor) .
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
15. MohdRadziSalleh (ADUN Lunas).
16. BadrulHisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
18. SallehudinHashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. MohsinFadzliSamsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. HamdanTaha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan
Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. MohdHanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. FakhrulAzman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. RosliMohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah
Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. RusliMohdShariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri
Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. JamaluddinMohdRadzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. SorayaSulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. RoshanitaMohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR
Bahagian Bagan Serai)
38. Datin SaidatulBadru Tun Said Keruak (Naib Presiden
PKR)
39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan
Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY,
menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden
ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga
RuslanKassim.)
40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
42. SD MohamadJohari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda
Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?
43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR
Kedah).
44. Abdul ManapShahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
45. MohdShukriMohdRamli @ blogger CucuMatKilau (blogger
ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi
DUN Kemayan Parlimen Bera)
46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen
Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
48. NGobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.
No comments:
Post a Comment