Sunday 21 April 2013

BN : Menepati Janji, Membawa Harapan......


Barisan Nasional sentiasa MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN kepada rakyat....

#vote4BN

Berebut??????



 Kerusi tu ada satu jer....bila semua pakat-pakat berebut camne nak buat tu?????

Wednesday 17 April 2013

Statesman vs Politician...


Contemplating the situation our Country faces, with elections coming up, some manner of separating the wheat from the chaff is essential.  General guidelines, perhaps, that help to discern specific issues.



Red Beckman’s Walls in our Minds is one of those sources.  Here is a list of ten differences between what we have now –politicians– and what we need, Statesmen and Stateswomen:

1.  A Statesman loves the Constitution.
A Politician hates the Constitution.
2.  A Statesman enforces the Constitution.
A Politician violates the Constitution.
3.  A Statesman uses truth to keep power in the hands of the people.
A Politician uses lies to gain power over the people.
4.  A Statesman‘s primary concern is to secure freedom for future generations.
A Politician’s primary concern is to get elected or re-elected.
And six more:
1.  Statesman will not play politics with the people’s money.
A Politician will buy votes with tax money.
2.  A Statesman knows the people must control government.
A Politician believes that government should control people.
3.  A Statesman knows the people must limit government’s power to tax.
A Politician believes government should have unlimited power to tax.
4.  A Statesman gives his allegiance to the people and country.
A Politician gives his allegiance to government.
5.  A Statesman will demand a balanced budget.
A Politician will spend money stolen from future generations(deficit spending).
6.  A Statesman will cause peace.
A Politician will cause wars.
Pretty stark comparisons, but I bet you all can think of a thousand ways in which your so-called representatives do and do not fit these categories. All candidates must be held up to these ten points of light.
Fasten your seat belt for the long term, and keep one eye open at all times.

Pertembungan Lim Kit Siang – Ghani Othman Tumpuan PRU-13

Dalam suasana politik demokrasi, seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.  Justeru, wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut. 
Buktinya, Dato’ Seri Najib, Tun Mahathir, dan mana-mana ahli politik yang disanjung rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan.  
Ini amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.  Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati slogan ‘ubah’ DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding. 


Sejak dari 1969, Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya,  Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978),  Petaling Jaya (1978–1982),  Kota Melaka (1982–1986),  Tanjong (1986–1999), dan akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang Patah.  Jangan ditanya apa jasanya kepada semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung.  Satu-satunya ‘khidmat’ yang disumbang kepada rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang meluap-luap. 

Jelas, Lim Kit Siang bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk mencari tapak untuk berkuasa. Namun, ‘perubahan angin’ yang dilakukannya kali ini dilihat punya signifikan tersendiri iaitu untuk memecahkan dominasi UMNO serta perpaduan antara kaum di Johor di samping mengorak langkah susulan untuk membantu menyerapkan roh PAP Singapura dengan lebih kukuh melalui negeri di hujung semenanjung itu. 

Dengan Pulau Pinang sudah dikuasai dan jika bernasib baik, Johor pula, maka DAP atau lebih tepat, PAP akan dapat menguasai dua dari ‘pintu masuk utama’ ke Malaysia.  Kita sedia maklum akan bantuan kewangan secara bulanan kepada DAP daripada PAP, dan kita juga sedia maklum bagaimana kerajaan Singapura memberi bantuan khas kepada DAP dalam berbagai bentuk termasuk tenagakerja bagi menghadapi PRU kali ini.  

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang akan bertembung dengan Datuk Abd. Ghani Othman.  Kerusi Gelang Patah yang mempunyai pecahan kaum Cina 54%, Melayu 34% dan India 12% sebelum ini dipegang oleh MCA yang telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada UMNO.   Penyandang kerusi tersebut, iaitu Ketua Wanita MCA Johor, Tan Ah Eng telah mendapat majoriti sebanyak 8,851 undi, iaitu jauh lebih kecil dari majoriti yang diperolehi pada 2004 sebanyak 31,666 undi. 

Datuk Abd. Ghani sebelum ini bertanding di kerusi Ledang dan pertukarannya ke Gelang Patah dikatakan sebagai strategi BN untuk merebut undi penentu iaitu undi Melayu dari Lim Kit Siang. 
 

  
Apapun, kita melihat yang Lim Kit Siang bukannya mencabar Datuk Abd. Ghani, tetapi sebenarnya mencabar seluruh rakyat Johor dan juga konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.  Kita tahu bahawa politik Lim Kit Siang adalah politik perkauman.  Walaupun Kit Siang menafikan tuduhan ini tetapi cakap-cakapnya dalam setiap ceramahnya adalah jelas di mana hujah utamanya sering tertumpu mengenai kerajaan yang diterajui UMNO (Melayu), lembab, korup dan malas, UMNO menganaktirikan kaum bukan Melayu, perlembagaan UMNO berat sebelah kepada kaum Melayu, kaum Cina dinafikan hak dan berbagai-bagai lagi isu yang bersifat perkauman yang membawa prejudis dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, beliau juga suka membangkitkan soal agama seolah-olah Malaysia menekan agama lain. 

Kita pasti Datuk Abd. Ghani mampu mematahkan penipuan dan hasutan Kit Siang ini.  Dan kita lebih pasti lagi bahawa orang-orang Johor, tidak kira Melayu atau Cina atau India cukup matang dan mampu melihat kebenaran di hadapan mata mereka iaitu tiada kaum yang terpinggir dalam arus pembangunan negara, malah kaum Cinalah berada di hadapan dalam segala-galanya. 

Tuesday 16 April 2013

AdaMu.........


SEMOGA SETIAP APA YANG  KITA LAKUKAN 
SENTIASA DIREDHAI dan DIBERKATI OLEH-NYA

THINK FOR BETTER NATION

#vote4BN

Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.



Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.


BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Monday 15 April 2013

Cerah Lagi Mencerahkan......

Sidek Baba: Anwar seorang yang bermasalah



Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.

Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi “musuh”nya.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saturday 13 April 2013

Pilih Jelas Dan Tepat!


7 Kriteria Ini Jadi Intipati Manifesto BN #ManifestoBN





Oleh: Steven Wong

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Baru-baru ini, saya mengemukakan idea mengenai penggunaan satu senarai semak untuk menilai dasar ekonomi yang akan dibentangkan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang (PR) menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Nampaknya, idea itu agak mendapat sambutan jika diambil kira maklum balas yang diterima, termasuk undangan untuk saya muncul dalam satu program terbitan sebuah stesen radio popular.

Kini, BN sudah mengumumkan manifestonya dan tentu ramai yang bertanya sejauh manakah ia menepati senarai semak yang saya maksudkan? Berikut adalah penilaian saya.

1) Praktikaliti

Kriteria pertama ialah praktikaliti. Praktikaliti boleh membawa maksud berbeza, tetapi di sini ia bermaksud sama ada dasar yang dikemukakan itu berupaya untuk dilaksanakan atau hanya sekadar satu kenyataan yang indah untuk didengar.

Dalam aspek ini, manifesto BN mempunyai kelebihan. Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Tiada masalah di sini.

Tidak dapat dinafikan, orang boleh mempersoalkan sama ada ia merupakan langkah yang patut dilaksanakan atau sebaliknya, tetapi itu perkara lain. Secara umumnya, apa yang perlu dilakukan ialah mengadakan lebih banyak dialog secara serius tentang apa, bagaimana, bila dan kenapa berkaitan projek dan program berkenaan.

2) Aspek Kesalingbergantungan

Kriteria kedua ialah perakuan berkaitan aspek kesalingbergantungan. Kelemahan yang terdapat dalam penggubalan dasar di mana-mana jua ialah ia sering dibuat secara "di dalam silo", yang bererti ia tidak mengambil kira tentang apa yang berlaku dan keperluan di tempat lain.

Sebagai contoh, memang tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan awam merupakan institusi yang amat penting, tetapi bagaimanakah begitu banyak sumber yang dijuruskan kepadanya, memberi kesan terhadap sektor swasta, terutama dari segi kebolehsediaan dan kos yang terlibat bagi jumlah tenaga manusia yang terhad sifatnya itu?

Juga, apakah kesan yang diperoleh daripada pelaburan yang begitu besar jumlahnya dalam sektor pengangkutan awam serta infrastruktur lain, kemudahan perumahan mampu milik dan perkhidmatan kesihatan terhadap kredit pasaran? Apakah kesannya terhadap imbangan bayaran luar semasa negara?

Persoalan tersebut dan beberapa perkara lain tidak dijelaskan dan oleh itu penilaian mengenainya tidak dapat dilakukan, bukan sahaja terhadap Manifesto BN, tetapi juga manifesto PR.

3) Insentif Produktif 

Kriteria ketiga mempunyai kaitan dengan insentif iaitu dasar yang dikemukakan perlulah tidak memberi ganjaran kepada perilaku yang tidak produktif dan menghukum perilaku yang produktif.

Banyak dasar yang berlandaskan niat yang baik akhirnya mewujudkan masalah kerana ia mewujudkan amalan merentir dan mencari habuan.

Jika Malaysia benar-benar ingin melaksanakan transformasi, maka tidak boleh mewujudkan halangan untuk bekerja keras dan mencari kekayaan.

Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah. Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka.

Hakikat bahawa ia diberi dalam bentuk wang kepada kumpulan sasaran tertentu juga adalah sesuatu yang baik. Ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik.

4) Kelestarian Kewangan

Kriteria keempat ialah kelestarian kewangan. Seseorang itu tidak boleh dianggap sebagai pakar ekonomi sekiranya dia tidak menyebut tentang kekangan belanjawan. Berikutan masalah hutang yang dihadapi banyak negara, maka perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Banyak pihak berbahas tentang manifesto siapakah yang lebih memiliki ciri-ciri kelestarian kewangan, tetapi saya tidak berhajat untuk menyiarkannya di sini.

Pada pendapat saya, manifesto BN dan PR perlu lebih terperinci untuk menunjukkan dengan lebih yakin bahawa ia tidak akan mengakibatkan berlakunya kehancuran belanjawan dan keperluan membuat pinjaman.

5) Inovasi 

Kriteria kelima ialah inovasi. Einstein mentakrifkan ketidakwarasan sebagai melakukan sesuatu perkara secara berulang kali dengan harapan akan mencapai hasil yang berlainan. Bolehkah manifesto BN dianggap melakukan perkara yang sama secara berulang kali?

Saya berpendapat intipati manifesto itu serta kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

6) Orientasi Luaran

Kriteria keenam ialah orientasi luaran. Jika Malaysia benar-benar ingin memiliki daya saing dan menjadi dinamik, negara ini perlu meliberalkan pasarannya dan meningkatkan interaksi rentas sempadan.

Dasar yang boleh menghalang atau melambatkan tekanan luar, begitu jelas masih diragui kewujudannya.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala (Anehnya, hal ini diletakkan di bawah Pergerakan Kesederhanaan Global).

Dalam hal ini, ia layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

7) Modal Sosial & Keterangkuman

Kriteria terakhir ialah modal sosial dan keterangkuman. Sesuai dengan sifatnya sebagai manifesto pilihan raya, BN dan PR sama-sama menawarkannya. Oleh itu, pada pendapat saya, kedua-dua pihak boleh diberi markah mengenainya.

Menyedari peri pentingnya langkah diambil untuk menangani isu ketidakadilan sosial, maka saya amat berharap kita tidak bersikap terlalu pemurah, yang akhirnya boleh menyebabkan lahirnya sebuah negara kebajikan yang bukan seperti yang diinginkan.

Nota: Steven Wong adalah pengarah kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia).

-- BERNAMA

Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

Jom Kongsi....

Friday 12 April 2013

21 Fatwa Nik Aziz Yang SONGSANG Wajib Orang PAS Hafal




1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
                                                           - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
                                                       - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
                          - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
                                                 - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka  

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
                                                     - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999 

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC.Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
                                                                     - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
                                                     - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya,kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
                                                           - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
                                           
 - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
                                                             - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999 
 
11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
                                                         - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
                                                                             - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
                                                                       - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
                           - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
                                                      –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
                                                     – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
       – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
         – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
         – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
          - Jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

21. Solat Orang UMNO tidak mendapat Pahala
                                  - Ceramah Nik Aziz Pada April 2013 Di Kota Bahru, Kelantan

Thursday 11 April 2013

Sembang-sembang....



Kepimpinan UMNO bertukar-tukar tau...tapi ada parti tu dari dulu sampai hari muka dia je tak tukar pun.........



Pilih yang Menepati Janji,Membawa Harapan


Buat pilihan yang Jelas dan Tepat!

Wednesday 10 April 2013

mana pilihan hati?


Perbandingan Inisiatif yang diumumkan.


BN telah umumkan Manifesto sebagai Akujanji
Pakatan Pembangkang pula menyatakan manifesto bukan janji.


Secara jelas, BN dilihat lebih yakin kerana mengumumkan ianya sebagai janji dan yakin boleh melaksanakannya. 

Jika MissPippo pasti akan pilih yang yakin dengan perkara yang diumumkan dan telah ada track record yang baik. Dan ku pilih untuk terus setia dengan apa yang terbukti dan terbaik untuk kita. Anda bagaimana?Kenapa mengharap pada yang belum pasti?

Comel................


Katenyer lagu ni dah jadi fenomena di Korea...

JOM TENGOK RELEASE KETEGANGAN DI PETANG HARI...

Tarikh Mengundi sudah diumumkan




Ini adalah pengumuman secara rasmi oleh SPR secara langsung di TV sebentar tadi.Ini adalah angka-angka dan tarikh-tarikh penting yang diumumkan.

PENAMAAN CALON            20 APRIL 2013
TARIKH UNDI AWAL          30 APRIL 2013
TARIKH MENGUNDI              5 MEI 2013


SELAMAT MENGUNDI!!!!!

Monday 8 April 2013

Bila melihat semua orang tak betul.....

Janganlah kita jadi seperti mereka..hanya tahu bercakap....

Jom bertindak...!kita support kerajaan yang telah terbukti mampu membawa kemajuan kepada negara kita..yang mampu menjaga kebajikan rakyat..yang terbukti berjaya menjalankan tugas dengan baik...!Jangan pilih yang hanya tahu mengutuk dan mencerca sahaja! 

#vote4BN



17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN



Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.   

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.  

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.   

Manifesto = AkuJanji


  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...