Saturday 30 March 2013

DAP can’t even count up to 2000, how can they count billions?


 

DAP is not capable.  FULLSTOP!!!!!!  



This article could be that short, but that might caused the DAP members to miss the points.   

The point is, one must be very racist, irrational or insane to continue supporting a party that couldn’t even count less than 2000 votes in their Central Executive Committee election.   And since the party can’t even count up to 2000, how do you expect them to count millions or billions or ringgit?   If they can’t count, how can they be given the mandate to lead a state, what more a country?  

Thursday 21 March 2013

Tolak Tangan Asing!

Dasar Transformasi Berjaya!

Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan hasil Dasar Transformasi Negara dan melalui dasar ini beliau telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Melihat pembentangan Y.A.B Perdana Menteri, jelas program ini telah banyak menyumbang kepada peningkatan prestasi negara serta membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di SINI.



Semua Salah Kerajaan ker?!

Ini realiti....bukan konspirasi!

Misuari oooooo Misuari.......



Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sekeras-kerasnya menafikan tuntutan oleh Pengerusi MNLF Nur Misuari bahawa Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF untuk mengukuhkan tuntutan ke atas Sabah dan Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan perpecahan di kalangan Moro.Untuk maklumat lanjut boleh buka diSINI

Wednesday 20 March 2013

Paku di Dinding hati.....

Terbaca kisah tentang seorang pemuda yang pemarah. Kisah nya begini......


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah dan selalu marah dengan mengeluarkan kata-kata kasar. Pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..


"mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu'' anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.




Transformation Policy has succeeded!



 KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak tonight tabled an impressive “report card” from the implementation of the ambitious national transformation programme which has benefited Malaysians from all strata of society.

He said the Government Transformation Programme (GTP) and the Economic Transformation Programme (ETP) which support Malaysia’s vision to emerge as a high-income advanced nation in its own mould is the prime goal and not merely economic indicators.

“I believe the people not only can see, hear and evaluate what has been implemented, but also feel the impact,” he said when launching the National Transformation Progamme Annual Report tonight.

“I would like to report to the people that with the coooperation and the hardwork of all parties, be they the masses, the private sector, civil servants and members of the administration, the bulk of the planned objectives has been achieved,” he said.
The prime minister said the ETP and GTP were “very bold experiments” ever implemented by any government in the world in practising the principles of transparency and accountability besides proving the government’s commitment to the 1Malaysia philosophy – People First, Performance Now.

“In this respect, the country’s success can be seen through the higher per capita gross domestic product [GDP] from US$257 in 1957 to US$9,970 last year.
“This is nearly 4,000% increase in more than five decades,” said Najib, who is also Finance Minister.

Najib said the higher quality of life was clearly evident from the Household Income Survey figures.
The survey showed that average monthly household income in Malaysia has increased from RM4,025 in 2009 to RM5,000 last year.
“This showed a more than 1,200% per cent increase since the survey was conducted since 1974,” he said.

Apapun yang berlaku kita harus bersatu!

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Mari kita baca sama-sama.......


Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak "rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri

Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah", resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih".

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa.

Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946  telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Tuesday 19 March 2013

khas untuk yang suka mengKRITIK!


Lukisan Dato Lat khas utk Pengkritik dan Keyboard Warrior..hehe


Steady Dato LAT! We Support!



perkongsian pagi.......


JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA YB FAEKAH




Ke hadapan Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Saya baru sahaja membaca surat terbuka saudari kepada ayahanda Tun Dr Mahathir dan saya terpanggil untuk monceretkan beberapa patah perkataan untuk menjawab sedikit surat terbuka saudari. 

Tun Mahathir tidak pernah mahu menakut-nakutkan orang Melayu tetapi bersuara atas nama reality. Mungkin idealogi politik yang dianuti oleh saudari Faekah membuatkan saudari membutakan mata. Mari, saya ajak saudari Faekah untuk membuka mata, mengembara dalam aksara huruf yang saya susun. 

Monday 18 March 2013

untuk dikongsi bersama........


Bila bukan ahli keluarga sendiri yang kena, macam-macam la yang kita boleh cakap memgikut pandangan sendiri. Bayangkan kalau yang terkorban itu ahli keluarga kita mungkin kita tidak akan berbuat begitu. Terima kasih kepada anggota keselamatan negara yang sanggup berkorban nyawa untuk memastikan negara kekal aman bahagia. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi meninggalkan kita......


SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN


Perwira Negara

Aduh.... Sayu dan tersentuh BB membaca surat terbuka dari seorang wanita yang menjadi isteri kepada anggota polis. Benar apa yang diluahkan oleh wanita ini. Betapa perit mata memandang, perit lagi dirinya yang menanggung.

Sebenarnya, surat ini telah diemailkan isteri seorang anggota keselamatan ini kepada blogger HAZREY. Tetapi BB terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca BB luahan wanita yang menyentap perasaan bagi kita yang normal.
Assalamualaikum wbt.

lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,

bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,

bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.

begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.

Sunday 17 March 2013

MASA UNTUK MENGUKUR KEBERKESANAN JENTERA SIBER BARISAN NASIONAL


Berita penuh di SINI.

PENDEDAHAN FORUM APCET DAN AGENDA KRISTIANISASI NUSANTARA

Apa itu APCET??


Tak ramai yang tahu tentang forum APCET I dan II yang membawa kepada terbentuknya sebuah negara merdeka Timor Leste yang asalnya dikenali sebagai salah sebuah wilayah Indonesia dengan nama Timor Timur. Tidak ramai juga yang tahu siapakah yang bertanggungjawab di sebalik agenda pembebasan ini.

Klik SINI jika anda ingin tahu butirannya.

Saturday 16 March 2013

ANWAR BAPA SANDIWARA



Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.



Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.



Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.



Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.

Thursday 14 March 2013

Wednesday 13 March 2013

Sharing coz Loving......

Persepsi VS Realiti

PERSEPSI adalah satu proses yang mana penerimaan naluri kita diterjemah dan digabungkan menjadi satu pandangan yang menyeluruh terhadap persekitaran kita. Walaupun semestinya berdasarkan kepada infomasi yang tidak lengkap dan tidak sahih, persepsi sering disamakan dengan realiti dan mewakili perangai kita. Seperti gambar ini, setiap inividu akan melihat gambar ini pada sudut yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.


 NAMUN BEGITU PERSEPSI BOLEH DIATASI DENGAN MENGETAHUI REALITI.

MISS PIPPO IN DA HOUSEEEE!!


Ehem..testing testing :D

Assalamualaikum.. Hai! Ni blog Miss Pippo. Blog baru. Miss Pippo ada baaaanyaakk benda nak share kat blog ni. Nantikan ye ;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...