Tuesday 19 March 2013

perkongsian pagi.......


JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA YB FAEKAH




Ke hadapan Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Saya baru sahaja membaca surat terbuka saudari kepada ayahanda Tun Dr Mahathir dan saya terpanggil untuk monceretkan beberapa patah perkataan untuk menjawab sedikit surat terbuka saudari. 

Tun Mahathir tidak pernah mahu menakut-nakutkan orang Melayu tetapi bersuara atas nama reality. Mungkin idealogi politik yang dianuti oleh saudari Faekah membuatkan saudari membutakan mata. Mari, saya ajak saudari Faekah untuk membuka mata, mengembara dalam aksara huruf yang saya susun. 


Ya, saya bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa jika PR memegang Selangor, maka hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor. 

Kenapa saya bersetuju dengan kenyataan ini? Jawapan saya ialah parti Chauvanist dan Ultra-Kiasu yang sedang berkongsi layar pemerintahan dengan PAS dan PKR. Ya, DAP. Pandai anda meneka. 

Tapi sebelum itu, izinkan saya untuk membidas KEBEBALAN YB Faekah. Tidak racist seseorang itu jika dia menyuarakan kepada dunia mengenai bangsanya yang ketinggalan, berusaha untuk mengangkat bangsanya dan membawa bangsanya keluar dari kepompong kemunduran. Jika ikut logik akal YB, maka izinkan saya melabelkan NELSON MANDELA sebagai SI NEGRO YANG RACIST? Tunggu dulu, jangan marah saya, Bukankah YB sendiri menyifatkan mereka yang memperjuangkan kedudukan bangsanya sebagai racist? Bukankah Nelson Mandela memperjuangkan kebebasan dan kedudukan bangsa kulit hitam di Afrika Selatan? 

Apa dia? Tun Dr Mahathir menanamkan bibit kebencian perkauman sepanjang 22 tahun beliau memerintah Malaysia? Bagitahu saya siapakah dia TOP 10 orang terkaya di dunia? Siapa? Sudah tentu bukan Melayu. Bagitahu saya mana-mana peristiwa pergaduhan kaum yang besar yang berlaku sepanjang pemerintahan beliau? Petik satu, dan bolehlah saya catat dalam kamus sejarah. 

YB Faekah, sebelum kita berbicara lanjut, izinkan saya melontarkan satu pertanyaan kepada YB yang dengan selambanya memperlekehkan seorang pemimpin yang telah diiktiraf dunia antara pemimpin terbaik dunia. 

YB memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang usaha untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu seperti mana yang didakwa oleh Tun, tetapi bagaimana pula dengan tindakan YB Sivakumar, daripada DAP. Kenyataan apa? Hehehe… jom kita baca sama-sama ya? Pakai cermin mata sekali dan celik sikit. 

Menurut Sivakumar status bumiputera yang telah diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional wajar dihapuskan segera. Menurut Sivakumar lagi sudah sampai masa status bumiputera ini sudah tidak relevan dilaksanakan di Malaysia kerana orang Melayu bukan lagi majoriti.

Bagaimana tu? Boleh jelaskan kepada saya? Hehehe.. Lagi satu YB, tidak usah membangkitkan isu wang yang disalurkan kepada JAIS sedangkan Hassan Ali yang mahu melaksanakan amar makhruf nahi mungkar pun dizip mulutnya sehingga keluarnya Hassan Ali daripada PR. Hehehehe.. 

Apa guna sekolah agama rakyat dan tahfiz jika dijadikan kilang untuk melahirkan mereka-mereka yang taksub dan mengatakan kerajaan salah dalam segala bentuk hal? Pada usia semuda itu pun sekolah sudah dijadikan tempat menanam kebencian dan perpecahan, bukankah lebih baik sekolah ini berkubur sahaja?

Kemudian, Faekah berterusan bercakap mengenai DEB, mempertikaikan perlaksanaan DEB kononnya untuk mengampu krooni. Izinkan saya di sini menyenaraikan kejayaan DEB, bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi untuk orang yang bukan melayu. 

DEB, berjaya membasmi kemiskinan berdasarkan perangkaan daripada 49 peratus pada 1950 menurun kepada 15 peratus pada akhir 1991. Begitu juga kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di bandar, isi rumah miskin dan peluang pekerjaan yang meningkat kepada bumiputera.

Ya, saya akui agar sukar untuk sampai kepada pemilikan 30 peratus ekonomi oleh kaum bumiputra, tetapi bayangkan, dalam tempoh tidak sampai 30 tahun, pemilikan orang Melayu pada tahun 1970 semasa awal perlaksanaan hanyalah 2.5 peratus. Berkat kepimpinan beberapa orang pemimpin Melayu telah berjaya mengangkat dan meningkatkan pemilikan orang Melayu dalam ekonomi. Pada akhir tahun perlaksanaan DEB, pemilikan orang Melayu daripada 2.4 peratus telah meningkat kepada 20.3%. Pendapatan perkapita orang Melayu daripada RM1109 meningkat kepada RM6180. Bukankah ini kejayaan yang besar? Kenapa YB Faekah tutup mata dan cuba mengaburi mata rakyat? 

Untuk pengetahuan YB Faekah juga, DEB bukan sahaja telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan orang Melayu daripada 64.8 kepada 20.8 pada tahun 1990, tetapi mengurangkan kadar kemiskinan orang Cina daripada 26.0 kepada 5.7 pada tahun 1990. Juga mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang pada tahun 1970 mencecah 58.7 tetapi pada tahun terakhir perlaksanaan DEB pada tahun 1990, kemiskinan menurun kepada 19.3. Sekarang, saya mintak YB Faekah memberikan negara yang baru sahaja merdeka tidak sampai 60 tahun, tetapi berjaya melaksanakan semua ini. Tidak ada!!! 

Kita juga kena faham antara kegagalan DEB mencapai 30 peratus sasarannya kerana kegawatan ekonomi (1985-86) dan juga sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu keluar daripada comfort zone mereka. 

Dan tergamak saudari Faekah menuduh Tun dengan pelbagai tuduhan? Konon UMNO tidak langsung membantu langsung bangsa Melayu, sekadar hipokrasi. Hebatnya UMNO, mereka memperjuangkan nasib bangsanya, dalam masa yang sama tidak mengabaikan bangsa lain yang menghuni di bawah bumbung MALAYSIA. 

Kalau ada apa yang boleh ditambah oleh saya, saya akan menambahnya pada masa akan datang. Kalau ada apa-apa kesilapan daripada saya, minta ditegur. Saya hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab saya menjawab segala tuduhan dan persespi yang dilemparkan ke atas negarawan hebat seperti Tun Dr Mahathir. 

sumber : FB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...