Wednesday 20 March 2013

Paku di Dinding hati.....

Terbaca kisah tentang seorang pemuda yang pemarah. Kisah nya begini......


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah dan selalu marah dengan mengeluarkan kata-kata kasar. Pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..


"mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu'' anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.





"wahai anak ku, apabila kamu marah kamu ambil paku dan ketuk ke papan ini, hingga kamu berasa puas" begitulah pesan si ayah kepada anaknya. Pemuda itu pun, melaksanakan apa yang ayahnya cadangkan, oleh itu apabila pemuda tersebut berasa marah lalu dia mengambil paku dan ketuk paku tersebut sekuat mungkin. Tiba satu petang, seperti biasa pemuda tersebut berkongsi rasa dan dia memberitahu yang di sudah rasa lega. Ayah dia pun memberi cadangan yang lain pula, sebelum tu ayah dia lihat dahulu paku-paku yang dah melekat dekat kandang kuda tersebut dan paku-paku itu hampir memenuhi pagar.''sekarang, sekiranya kamu menahan rasa marah dan memaafkan orang yang telah memarahi kamu, atau kamu cuba maafkan siapa2 yang cuba memarahi kamu, maka cabutlah paku-paku yang kamu sudah tukul kepapan kandang itu'' kata si ayah kepada anaknya. Lalu anaknya pun melakukan apa yang telah disarankan oleh ayahnya tanpa ada rasa ingin mengetahui objektif atau sebab mengapa ayahnya memberi cadangan sedemikian rupa. Sampai satu tahap, kesemua paku yang ditukul dahulu sudah dicabutnya semula kerana merasa sudah memaafkan kesalahan orang lain dan dia memaafkan dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan. Lalu pemuda tersebut berjumpa dengan ayahnya untuk mengkhabarkan perihal tersebut. Ayah pemuda itu pun pergi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh anaknya, ya memang kesemua paku-paku telah di keluarkan namun ianya telah meninggalkan bekas lubang-lubang pada kayu-kayu kandang tersebut, dan ayah pemuda itu pun menerangkan kesan marah tersebut. "anak ku, bila kamu marah pada seseorang dan melepaskan kemarahan tersebut tidak kira tempat tanpa berfikir secara rasinal, kerana api kemarahan sudah melepasi tahap pemikiranmu.maka tercetuslah kesan yang sangat besar dan dalam umpama batang tersebut (ayah menunjukan batang-batang yang berlubang-lubang) kesan ini mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih atau ianya akan menjadi parut, begitu jualah di ibaratkan bila kita marah pada orang tentu orang itu terkesan dan bukan kesan yang sekejap kerana manusia ini pelbagai ragam, ada yang mudah memaafkan dan ada jua yang susah nak hilangkan kesan tercalar pada hatinya hatta seseorang itu bersahabat berpuluh-puluh tahun. lebih parah lagi jika marah itu diselitkan dengan kata2 kesat. ingatlah tidak semua orang memiliki perasaan yang sama. ingat lagi pepatah mengatakan jika kita buat silap atau terlepas kata pada orang lain ia susah untuk diundur kembali, dan buat silap dengan manusia tidak sama buat silap dengan Allah SWT, Allah Maha Pemaaf, tapi manusia tidak semua begitu dan ada sahaja yang susah untuk memaafkan. Oleh itu fikirlah dahulu sebelum kamu nak marah.


Ape yang MissPippo nak kongsi melalui cerita ini adalah berkaitan dengan ape yang telah sesetengah orang katakan berkaitan kejadian di Lahad Datu.

Tindakan mereka yang mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu hanya sandiwara telah melukakan hati bukan sahaja ahli keluarga perwira negara malahan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan peristiwa itu. 

SEJUTA MAAF DARIMU TIDAK DAPAT MENGUBAT PARUT YANG TELAH DIBUAT OLEH KAMU SENDIRI!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...